More

    Mahkamah dapati Google menjejak data pengguna walaupun dalam mod Incognito

    Privasi data ialah perkara penting dalam menghuni alam siber. Aspek privasi data ini semakin mendapat perhatian kerana pengguna semakin sedar terhadap hak privasi mereka. Pihak mahkamah di California mendakwa Google masih menjejak data pengguna walaupun dalam pelayar Incognito.

    Menurut sumber, tuntutan mahkamah berkenaan tuduhan pengumpulan data aktiviti Internet pengguna walaupun pengguna melayar dalam mod sulit seperti mod Incognito telah difailkan pada Jun lalu. Jumaat lalu, pihak mahkamah menolak permohonan Google untuk menggugurkan tuntutan mahkamah terhadap dakwaan ini.

    Pihak mahkamah menyimpulkan bahawa Google tidak memaklumkan kepada pengguna tentang penglibatannya dalam mengumpul data semasa pengguna melayari web dalam mod sulit. Google perlu menyelesaikan tuntutan mahkamah ini sekurang-kurangnya $5 bilion bersama syarikat kongsi lain termasuklah Google Analytics, Google Ad Manager dan beberapa aplikasi lain.

    Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNET

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured