More

    HONOR mungkin akan lancarkan telefon “flagship” pertama pada bulan Julai

    Media China melaporkan bahawa jenama elektronik HONOR akan melancarkan sebuah telefon pintar andalan (flagship) seawal bulan Julai 2020. Jika ia berlaku, ini bakal menjadi telefon andalan pertama oleh HONOR selepas perpisahannya dengan HUAWEI pada hujung 2020.

    Seperti kebanyakan telefon andalan dalam pasaran, telefon HONOR ini akan dilengkapi cipset Snapdragon 888. Telefon ini juga akan dijadikan sebahagian daripada jenama HONOR Magic yang terdiri daripada pelbagai produk elektronik pada masa hadapan.

    Sebelum ini, HONOR sudah pun berurusan dengan Qualcomm selepas ia berpisah daripada HUAWEI untuk melancarkan telefon pintarnya sendiri yang tidak terkesan dengan larangan dagangan yang dikuat kuasakan oleh Amerika Syarikat (AS). Di samping itu, HONOR juga dikatakan akan melancarkan telefon dengan cipset andalan oleh MediaTek iaitu Dimensity 1100 atau Dimensity 1200.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon andalan HONOR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured