More

    Dell G15 5510 diumum di Malaysia: Komputer riba “gaming” GTX 1650 bermula RM3,799

    Dell Malaysia hari ini telah mengumumkan komputer riba gaming terbaru iaitu Dell G15 5510. Dengan harga bermula RM3,799, ia menampilkan spesifikasi gaming yang bagus dengan harga yang tidak terlalu mahal.

    Dell G15 5510 dilengkapi unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GTX 1650 yang mampu memainkan pelbagai game terkini dengan tetapan grafik tinggi dan masih mengekalkan kadar bingkai (frame rate) yang stabil dan pantas. Turut dilengkapi dalam komputer ini adalah pemproses Intel Ci5-10200H untuk prestasi yang bagus tanpa perlu berbelanja besar.

    Ia juga mempunyai skrin Full HD IPS berukuran 15.6 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Untuk memori pula, ia dilengkapi RAM 8GB dan storan SSD 512GB.

    Dell Malaysia mengatakan Dell G15 5510 boleh mula dibeli bermula bulan April. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured