fbpx
More

    Acer Malaysia umumkan Nitro 5: Komputer riba “gaming” RTX 3060 dan Intel i7 bermula RM4,999

    Selepas pelancaran antarabangsa pada bulan Januari lalu, Acer kini telah mengumumkan kehadiran komputer riba gaming bajet Acer Nitro 5 untuk pasaran Malaysia yang akan dijual pada harga asal RM5,499. Walau bagaimanapun, komputer ini boleh didapati dalam harga promosi pra-tempahan iaitu RM4,999 pada 15-17 Mac di Shopee dan 16-17 Mac di Lazada.

    Walaupun dengan harga yang tidak terlalu mahal, komputer ini masih dilengkapi unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce RTX3060 dan pemproses Intel Core i7-10750H yang boleh menjana prestasi gaming pantas.

    Selain itu, ia juga dilengkapi RAM DDR4 8GB yang boleh dibesarkan sehingga 32GB dan storan SSD PCIe NVMe 512GB yang boleh dibesarkan melalui ruang M.2. Untuk skrin pula, ia dilengkapi skrin IPS FHD berukuran 15.6 inci dengan kadar segar semula 144Hz.

    Nitro 5 juga dilengkapi perisian NitroSense yang membenarkan pengguna untuk meneliti tetapan komputer ini seperti suhu, kelajuan kipas dan banyak lagi. Buat mereka yang gemarkan cahaya RGB, papan kekunci komputer ini mempunyai lampu RGB empat zon yang boleh dilaras mengikut warna kegemaran pengguna.

    Acer Malaysia mengatakan komputer ini akan mula dijual secara rasmi dalam masa dua minggu lagi. Sebelum ini, Acer Nitro 5 merupakan pilihan popular buat gamers yang inginkan prestasi pantas tanpa perlu berbelanja besar. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba gaming ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun...

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Siri iQOO Z9 akan dilancar di Malaysia pada 9 Mei 2024

    iQOO Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan iQOO Z9 Series pada hari Selasa, 9 Mei 2024. Ia merupakan telefon kelas...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X