More

    realme X9 Pro dikesan dalam TENAA, mungkin dilengkapi Dimensity 1200

    Telefon pintar realme X9 Pro telah dikesan dalam laman web Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency (TENAA) yang mempunyai nombor model RMX3115. realme X9 Pro mungkin akan dilancar di China terlebih dahulu dan akan dipasarkan dalam pasaran antarabangsa sebagai realme GT Neo.

    Berdasarkan gambar dalam TENAA, telefon itu mempunyai rekaan gelas di belakang, bonggol kamera berbentuk petak dan slogan Dare To Leap di belakangya. Sementara itu, seorang blogger China bernama WhyLab berkongsi edisi khas Concrete Edition yang menampilkan rekaan pusam (matte) di belakangnya.

    realme X9 Pro dijangka akan dilengkapi cipset Dimensity 1200, skrin 6.55 inci, bateri 4,400mAh. Sebelum ini, realme X9 dilihat seperti sebuah realme V15 yang dijenamakan semula namun realme X9 Pro nampak seperti sebuah telefon pintar yang baru.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TENAA

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured