More

    Xiaomi Black Shark 4 Pro sah hadir dengan tiga kamera, bakal dilancar 23 Mac ini

    Xiaomi akan melancarkan telefon gaming mereka, siri Black Shark 4 tidak lama lagi. Terbaru, CEO Black Shark, Lou Yuzhou telah memuat naik sebuah gambar yang diambil oleh Black Shark 4 Pro.

    Melihat kepada gambar tersebut, Black Shark 4 Pro akan dilengkapi dengan tiga kamera AI sama seperti generasi yang sebelumnya. Selain dari gambar yang dikongsikan, poster pelancaran siri Black Shark 4 ini juga telah dimuatnaik dengan tarikh pelancaran 23 Mac ini.

    Berdasarkan sumber sebelum ini, Black Shark 4 dikhabarkan hadir dengan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Ia djuga dikatakan akan hadir dengan skrin 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Untuk cipset, Black Shark 4 mungkin akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 870 manakala Black Shark 4 Pro dengan cipset Snapdragon 888.

    Adakah anda menantikan telefon gaming dari Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured