More

    Pra-tempahan ASUS ROG Phone 5 di Shopee bermula 19 Mac, percuma Kunai 3 Gamepad!

    Baru-baru ini, ASUS telah melancarkan siri ASUS ROG Phone 5 di pasaran Malaysia. Terdapat tiga varian utama yang tersedia; ASUS ROG Phone 5, ROG Phone 5 Pro dan ROG Phone 5 Ultimate. Terkini, peminat yang ingin mendapatkan ASUS ROG Phone 5 di Shopee boleh berbuat demikian bermula pada 19 Mac 2021.

    Anda boleh mula membuat pra-tempahan ASUS ROG Phone 5 di Shopee bermula pada 19 Mac hingga 2 April 2021 (sementara stok masih ada). 200 pelanggan pertama yang menempah ASUS ROG Phone 5 varian 8GB+128GB berharga RM2,999 layak menerima ROG Kunai 3 Gamepad, manakala 200 pelanggan pertama yang menempah ROG Phone 5 varian 16GB+256GB berharga RM3,799 juga layak menerima ROG Kunai 3 Gamepad.

    Anda boleh membuat pra-tempah di Shopee melalui pautan ini.

    Adakah anda berminat untuk membuat pra-tempahan dan mendapatkan aksesori percuma? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured