More

    HUAWEI ceburi bidang perikanan dan perlombongan susulan kesukaran dalam industri telefon pintar

    Selepas HUAWEI mengalami pelbagai kesukaran dalam menghasilkan produk-produk elektronik kerana larangan dagangan yang dikuat kuasakan oleh Amerika Syarikat (AS), syarikat China itu mengembangkan perniagaannya kepada sektor luar teknologi iaitu perikanan dan perlombongan.

    HUAWEI telah mendirikan panel suria di sebuah pusat penternakan ikan besar-besaran di timur China, yang bertujuan mendapatkan tenaga suria sambil melindungi ikan daripada cahaya matahari yang terlalu terik. Di wilayah Shanxi pula, HUAWEI memanfaatkan teknologi sensor wayarles dan kamera untuk meneliti tahap oksigen dan keberkesanan mesin dalam sebuah lombong.

    Di samping itu, HUAWEI juga akan membekalkan sensor LiDAR di dalam sebuah kereta elektrik yang akan diperkenalkan pada bulan depan. Pengasas HUAWEI Ren Zhengfei mengatakan AS mungkin tidak akan mengeluarkan HUAWEI daripada senarai larangan dagangan dalam masa terdekat, oleh itu mereka perlu meluaskan perniagaan dalam sektor lain bagi mengurangkan kerugian dalam industri telefon pintar.

    Sebelum ini, HUAWEI juga telah menceburi bidang penternakan khinzir dengan memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kualiti haiwan ternak. Walau bagaimanapun, HUAWEI tidak mempunyai pelan untuk menghentikan operasi telefon pintarnya dan khabar angin mengatakan mereka akan melancarkan HUAWEI P50 pada bulan April.

    Perintah larangan AS telah menjejaskan prestasi HUAWEI dengan ketara, di mana jualan telefon pintar HUAWEI turun 42% pada tiga bulan terakhir 2020. Presiden AS yang baru Joe Biden pula dilihat akan meneruskan larangan dagangan terhadap HUAWEI yang diperkenalkan oleh presiden sebelumnya, Donald Trump.

    Kongsi pendapat anda tentan berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Edge

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured