More

    U Mobile raih markah tertinggi dalam ujian kualiti rangkaian paling konsisten

    Terkini, U Mobile telah diiktiraf sebagai syarikat telekomunikasi di Malaysia yang memiliki peratus kualiti rangkaian yang paling konsisten. Pengiktirafan ini adalah melalui laporan pengalaman mudah alih di Asia Tenggara berdasarkan ujian oleh Tutela.

    Laporan yang dijalankan oleh Tutela bertajuk South East Asia State of Mobile Experience ini memperlihatkan U Mobile sebagai telko yang meraih peratus tertinggi dalam kecemerlangan kualiti yang konsisten (Excellent Consistency Quality). Dalam kategori tersebut, ciri yang diambil kira adalah panggilan video HD, penstriman video dan permainan game berkumpulan. Selepas U Mobile, Digi ialah telko yang menyusul dan meraih peratus kedua tertinggi, kemudian Maxis, Unifi dan Celcom.

    Selain itu, U Mobile turut meraih peratus tertinggi dalam Kualiti Teras Konsisten (Core Consistent Quality) yang menguji penggunaan harian data seperti melayari web atau menggunakan media sosial. Dalam kategori ini, Maxis menyusul pada kedudukan kedua tertinggi selepas U Mobile, diikuti dengan Unifi, Digi dan Celcom.

    Anda boleh membaca laporan penuh di laman rasmi Tutela.

    Adakah anda salah seorang pengguna U Mobile? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured