More

    iPad Pro 11 inci, 12.9 inci dengan skrin mini-LED akan dilancar April ini

    Biasanya, Apple akan melancarkan beberapa produk baharu sekitar Mac setiap tahun. Garis masa ini mengalami perubahan kerana Apple menundanya sehingga ke bulan April untuk tahun 2021. Berita baiknya adalah terdapat beberapa pengesahan tentang produk apa yang bakal dilancar pada April ini.

    Sebelum ini, terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa Apple bakal melancarkan iPad Pro, iPad mini dan AirTags baharu. Sumber kini memaklumkan bahawa sememangnya iPad generasi baharu akan diumum pada April ini. Antaranya adalah iPad Pro 11 inci dan 12.9 inci.

    Dari segi perkakas, iPad Pro dijangka hadir dengan cip Apple M1 dari model MacBook tahun lepas (atau varian terbaru cip ini). Ia bakal dilengkapi penyambung Thunderbolt, paparan mini-LED dan mungkin juga sensor LiDAR untuk model yang lebih tinggi.

    Seperti biasa, Apple masih tidak memberi pengesahan untuk mana-mana spekulasi mengenai spesifikasi peranti sebelum pelancarannya berlangsung. Adakah anda sedang menantikan iPad Pro atau mana-mana produk Apple? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured