More

    realme X7 Pro edisi Extreme mungkin akan dilancar dengan skrin melengkung

    Beberapa bulan yang lalu, realme telah melancarkan telefon kelas andalan mereka, realme X7 Pro untuk pasaran global. Kini, realme pula dikhabarkan akan melancarkan edisi Extreme untuk telefon ini dan ianya mungkin hadir dengan skrin melengkung.

    Berdasarkan sumber, realme X7 Pro edisi Extreme akan direka oleh pereka bentuk terkenal Jepun, Naoto Fukasawa. Beliau sebelum ini pernah telibat dalam reka bentuk realme X dan X2 Pro edisi Master.

    realme X7 Pro

    Sumber juga menyatakan bahawa telefon edisi khas ini akan menggunakan spesifikasi dalaman yang sama seperti edisi yang biasa. Perbezaannya hanyalah pada ketebalan telefon yang 0.7mm lebih nipis.

    realme X7 Pro edisi Extreme ini dijangka akan dijual pada tanda harga lebih dari 2000 Yuan (~RM1,264) di pasaran China. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat rasmi yang diumumkan oleh pihak realme.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured