More

    HUAWEI FreeBuds 4i bakal tiba di Malaysia: Sokong ANC, tahan hingga 10 jam

    Terkini, HUAWEI mengumumkan bahawa terdapat sebuah lagi produk audio pintar baharu yang bakal tiba di pasaran Malaysia. Fon telinga HUAWEI FreeBuds 4i bakal diumumkan kehadirannya dalam waktu yang terdekat.

    Untuk pengetahuan anda, HUAWEI FreeBuds 4i bakal dilengkapi ciri pembatalan hingar aktif (ANC), mod unik seperti Awareness Mode dan jangka hayat yang mampu bertahan sehingga 10 jam. Selain ANC, ia turut memiliki pemacu dinamik 10mm yang berupaya menghasilkan frekuensi audio pelbagai tahap dengan baik.

    Mengenai ketahanan baterinya, ia mampu bertahan sehingga 7.5 jam apabila ANC diaktifkan, 10 jam apabila ANC tidak diaktifkan dan sehingga 22 jam bersama jangka hayat bekas pengecasannya. Lebih menarik, ia hadir bersama sokongan pengecasan pantas.

    Setakat ini, HUAWEI masih belum mengumumkan harga rasmi HUAWEI FreeBuds 4i. Namun, anda boleh melihat maklumat lanjut mengenainya di pautan ini.

    Sepintas lalu, HUAWEI MateStation S dan HUAWEI MatePad 10.4 sudah mula dijual di pasaran Malaysia pada hari ini (20 Mac 2021). Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured