More

    Vivo berikan tawaran teknologi Super Flashcharge 55W pada siri NEX yang akan datang

    Sepanjang 2019, vivo antara syarikat teknologi terkemuka yang telah melancarkan beberapa telefon pintar berinovatif di mana tiga daripada telefon pintar hadir dengan sokongan 5G yang paling terkenal termasuk vivo NEX 3 5G, iQOO Pro 5G, dan siri vivo X30.

    Baru-baru ini model baru vivo V1955A telah melalui Pengesahan Kualiti 3C Kebangsaan pada 17 Januari 2020 di China. Menurut pakar dari industri, model baru ini akan dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 865 yang boleh menyokong rangkaian dual-mode 5G.

    Selain itu, vivo juga telah memfailkan untuk mendapatkan tanda dagangan Super FlashCharge dari Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO). Vivo akan menggunakan Super FlashCharge sebagai nama pemasaran untuk teknologi telefon yang akan datang.

    Tidak ada kenyataan mengenai bila teknologi Super FlashCharge itu akan dilancarkan. Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diperakui, Super FlashCharge 55W kemungkinan besar akan dilengkapi dalam siri NEX 5G yang akan datang.

    Dengan ini, model vivo baru akan dilengkapi dengan sokongan untuk pengecasan tertinggi yang jarang dilihat pada telefon vivo. Dengan kata lain, pelancaran teknologi Super FlashCharge vivo ini akan meningkatkan nilai kepada siri vivo NEX yang akan datang untuk para peminatnya.

    Bilakah agaknya teknologi Super FlashCharge ini akan dilancarkan? Berikan ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured