fbpx
More

    Siri Black Shark 4 dilancar: Snapdragon 888, AMOLED 144Hz, cas pantas 120W bermula RM1,582

    Black Shark hari ini telah memperkenalkan siri telefon pintar gaming terbaru iaitu Black Shark 4 yang terdiri daripada Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro. Seperti yang boleh dijangkakan untuk telefon daripada jenama China ini, ia lengkap dengan pelbagai spesifikasi tercanggih termasuklah cipset Snapdragon 888, skrin pantas AMOLED 144Hz dan pengecasan pantas 120W.

    Sebagai sebuah telefon gaming premium, ia dilengkapi pelbagai fungsi yang dikhaskan untuk meningkatkan mutu permainan seperti butang bucu fizikal yang boleh dikeluarkan (pop-up) daripada badan telefon, pembesar suara stereo dan kadar bacaan sentuhan 720Hz pada skrinnya, menjadikan Black Shark 4 telefon pertama di dunia yang dilengkapi kadar bacaan sentuhan sepantas ini.

    Black Shark mengatakan pengecasan pantas 120W yang terdapat pada kedua-dua varian mampu mengecas penuh dari 0% dalam masa 15 minit sahaja.

    Berikut adalah spesifikasi untuk siri Black Shark 4:

    Black Shark 4

    • Cipset Snapdragon 870
    • Skrin AMOLED 6.67 inci 144Hz dengan kadar bacaan sentuhan 720Hz
    • RAM LPDDR5
    • Storan UFS 3.1
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 5MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 120W
    • Dwi-pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm
    • Sistem operasi JOYUI 12.5
    • Harga:
      • 6GB+128GB: CNÂ¥2,499 (~RM1,582)
      • 8GB+128GB: CNÂ¥2,699 (~RM1,709)
      • 12GB+128GB: CNÂ¥2,999 (~RM1,898)
      • 12GB+256GB: CNÂ¥3,299 (~RM2,088)

    Black Shark 4 Pro

    • Cipset Snapdragon 888
    • Skrin AMOLED 6.67 inci 144Hz dengan kadar bacaan sentuhan 720Hz
    • RAM LPDDR5
    • Storan UFS 3.1
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 5MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 120W
    • Dwi-pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm
    • Sistem operasi JOYUI 12.5
    • Harga:
      • 8GB+256GB: CNÂ¥3,999 (~RM2,531)
      • 12GB+256GB: CNÂ¥4,499 (~RM2,848)
      • 16GB+512GB: CNÂ¥5,299 (~RM3,354)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana varian Black Shark 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X