More

    Samsung dilapor bakal lancarkan telefon pintar dua lipatan pada tahun ini

    Samsung merupakan salah sebuah jenama teratas yang menempah nama baik dalam pengeluaran telefon pintar boleh lipat. Perkembangan telefon pintar lipat dari Samsung dilihat bakal semakin maju ke hadapan memandangkan ia dilapor akan melancarkan telefon pintar dua lipatan pada tahun ini.

    Samsung sebelum ini ada menyatakan bahawa tiada peranti andalan Galaxy Note yang bakal dilancar tahun ini. CEO Koh Dong Jin memaklumkan hasrat syarikat untuk meningkatkan pengeluaran telefon pintar lipat walaupun isu kekurangan cip sedang dialami pada peringkat global.

    Menurut sumber, Samsung bakal melancarkan generasi baharu Galaxy Z Flip, Galaxy Z Fold pada tahun ini dan sedang membangunkan telefon pintar dua lipatan (boleh dilipat dua kali). Telefon lipat dua lipatan ini dijangka hadri seawal hujung tahun 2021. Perkara ini bukan perkara mengejutkan memandangkan terdapat beberapa dokumen dengan rekaan dua engsel yang sudah dipatenkan.

    Imej rekaan berdasarkan paten. Sumber: LetsGo Digital
    Imej rekaan berdasarkan paten. Sumber: LetsGo Digital

    Apa pun, sumber mahupun kami masih tidak mengetahui rekaan manakah yang bakal dikeluarkan untuk telefon pintar dua lipatan dari Samsung. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Asia Nikkei

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured