More

    Xiaomi mungkin akan lancarkan telefon lipat pertama mereka pada 29 Mac ini

    Semalam, Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran untuk beberapa peranti mereka pada 29 Mac ini. Antara peranti yang sah akan dilancarkan di dalam acara ini adalah Mi 11 Pro, Mi 11 Ultra dan Mi NoteBook Pro.

    Kini, sumber terbaru menyatakan bahawa Xiaomi juga mungkin akan melancarkan telefon lipat mereka yang pertama di acara ini. Sebelum ini, telefon lipat Xiaomi dilihat telah melepasi pensijilan 3C dan kini sedang menunggu tarikh pelancarannya. Telefon lipat Xiaomi ini mungkin akan menjadi salah satu model dari siri Mi MIX dan ianya hadir dengan reka bentuk lipat ke dalam.

    Telefon lipat Xiaomi yang tertiris

    Peranti lipat ini dikhabarkan akan menggunakan cipset Snapdragon 888 dengan kamera utama 108MP. Selain itu, ia mungkin akan dilengkapi skrin 7 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga mungkin hadir dengan bateri 5,000mAh, serta antara muka MIUI 12 atas Android 11.

    Selain Xiaomi, Samsung juga dikhabarkan akan melancarkan telefon pintar dua lipatan pada tahun ini.

    Lihat artikel lepas mengenai telefon pintar lipat dari Xiaomi.

    Adakah benar Xiaomi bakal perkenalkan telefon lipat mereka di acara ini? Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured