More

    Samsung Galaxy A32, A52 & A72 mula dijual di Malaysia esok, promosi khas buat pembaca TechNave!

    Para peminat Samsung di Malaysia yang menanti kehadiran siri telefon pintar Galaxy A pada tahun ini kini boleh membelinya bermula hari Jumaat, 26 Mac (esok). Siri telefon kelas pertengahan ini akan dijual dalam pelbagai harga mampu milik, bermula dari RM1,099 untuk Samsung Galaxy A32.

    Khas buat para pembaca TechNave yang membeli Samsung Galaxy A32, Galaxy A32 5G, Galaxy A52 atau Galaxy A72, mereka layak menerima hadiah eksklusif iaitu sebuah pengecas pantas dalam kereta Samsung Car Charger (EP-L1100NBEGWW) yang mempunyai dua port USB dan setiap port boleh mengecas dengan kadar 15W.

    Untuk mendapatkannya, pelanggan hanya perlu menaip kod promosi TECHAVIP sewaktu ingin membuat pembayaran. Promosi ini hanya boleh ditebus untuk pembelian di laman web rasmi Samsung Malaysia sahaja dan akan berlangsung sehingga 15 April.

    Pelanggan yang membeli mana-mana telefon di atas dari kedai Samsung fizikal pengedar sah atau laman web Samsung Malaysia pula akan turut menerima hadiah daripada Samsung.

    Pelanggan Galaxy A32 atau Galaxy A32 5G akan menerima sarung (casing) lutsinar bernilai RM39. Buat pelanggan Galaxy A52 atau Galaxy A72 pula, mereka akan menerima sarung lutsinar bernilai RM109. Promosi ini akan berlangsung sehingga 30 April.

    Ini juga bermaksud pelanggan yang membeli telefon Galaxy A dari laman web Samsung Malaysia sebelum 15 April boleh mendapatkan Samsung Car Charger dan sarung lutsinar secara percuma! Menarik, bukan?

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy A yang akan dijual bermula 26 Mac:

    Samsung Galaxy A72

    • Cipset Snapdragon 720G
    • Skrin Super AMOLED FHD+ 90Hz 6.7 inci
    • RAM 8GB
    • Storan 256GB, boleh dibesarkan sehingga 1TB
    • Kamera utama 64MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) + kamera ultra lebar 12MP + kamera telefoto 8MP dengan zum optikal 3x dan OIS + kamera makro 5MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 25W
    • Pengimbas cap jari dalam skrin, pengecaman muka
    • Dwi-pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Rating kalis air dan debu IP67
    • Pilihan warna hitam, putih, biru dan ungu (violet)
    • Berat 203g
    • Harga RM1,899

    Samsung Galaxy A52

    • Cipset Snapdragon 720G
    • Skrin Super AMOLED FHD+ 6.5 inci 90Hz
    • RAM 8GB
    • Storan 256GB, boleh dibesarkan sehingga 1TB
    • Kamera utama 64MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) + kamera ultra lebar 12MP + sensor kedalaman 5MP + kamera makro 5MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 25W
    • Pengimbas cap jari dalam skrin, pengecaman muka
    • Dwi-pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Rating kalis air dan debu IP67
    • Pilihan warna hitam, putih, biru dan ungu (violet)
    • Berat 189g
    • Harga RM1,499

    Samsung Galaxy A32

    • Cipset MediaTek Helio G80
    • Skrin AMOLED Full HD+ 90Hz 6.4 inci
    • RAM 8GB
    • Storan 128GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + sensor kedalaman 5MP + kamera makro 5MP
    • Kamera swafoto 20MP
    • Dwi-pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Kalis air dan debu IP67, port USB-C, pengimbas cap jari bawah skrin sokongan Samsung Pay NFC
    • 5G, 4G LTE, WiFi, Bluetooth, Galaxy SmartTag, Music Share, Samsung Knox
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 15W
    • Pilihan warna ungu (violet), hitam, biru dan putih
    • Harga RM1,099

    Samsung Galaxy A32 5G

    • Cipset Mediatek Dimensity 720
    • Skrin Infinity-V TFT HD+ 6.5 inci 90Hz
    • RAM 8GB
    • Storan 128GB, boleh dibesarkan sehingga 1TB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + sensor kedalaman 5MP + kamera makro 5MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Dwi-pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Kalis air dan debu IP67, port USB-C, pengimbas cap jari bawah skrin sokongan Samsung Pay NFC
    • 5G, 4G LTE, WiFi, Bluetooth, Galaxy SmartTag, Music Share, Samsung Knox
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 15W
    • Pilihan warna ungu (violet), hitam, biru dan putih
    • Harga RM1,199

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...