More

    Kerajaan belanja RM30 juta untuk lengkapkan anggota PDRM dengan kamera badan

    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk melengkapkan kamera badan bagi kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Langkah ini dilakukan bagi melindungi PDRM daripada tindakan fitnah oleh penjenayah atau pihak tidak bertanggungjawab.

    Beliau berkata demikian dalam sebuah ucapan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula mengatakan proses perbincangan untuk memperoleh kamera badan itu kini berada dalam peringkat akhir.

    Selain kamera badan, pihak polis turut akan menerima peralatan renjatan elektrik, kereta peronda, kereta perisai, bot, dron, baju kalis peluru dan lebih banyak kamera pengawasan litar tertutup. Sebelum ini, PDRM sudah pun memohon 1,300 kamera badan dan 1,000 senjata tidak maut menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured