fbpx
More

    ASUS TUF Dash F15 rasmi di Malaysia: GPU siri RTX 3000, harga lebih rendah bermula RM4,699

    Terkini, ASUS ROG Malaysia telah mengumumkan barisan komputer riba berfokuskan gaming terbaru untuk pasaran tempatan. Selain siri ASUS ROG Zephyrus G14 dan ASUS ROG Strix G15/G17, komputer riba gaming baharu ASUS TUF Dash F15 turut diumumkan.

    ASUS TUF Dash F15 diumum dengan varian model FX516P-MHN085T dan FX516P-MHN074T. Untuk pengetahuan anda, ia adalah model berbeza dengan TUF Dash F15 yang dilancar pada Januari lalu. Model terbaru ini memiliki GPU VRAM RTX 3060 6GB dan varian yang lebih rendah dengan pemproses Intel i5-11300H, serta RAM DDR4 8GB.

    Berbeza dengan imej komputer riba gaming yang agak berat, ASUS TUF Dash F15 hanya seberat 2kg. Ia juga memiliki teknologi penyejukan pintar dengan dua 83-bilah kipas. Anda boleh menyemak spesifikasi penuhnya di laman rasmi ASUS.

    Harga ASUS TUF Dash F15 di pasaran Malaysia:

    • FX516P-MHN085T berharga RM5,499
    • FX516P-MHN074T berharga RM4,699

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X