More

    Xiaomi Mi 11 Ultra dilengkapi bateri silikon-oksigen anod, cas lebih cekap, bateri tahan lebih lama

    Sementara kita sedang menanti kehadiran Xiaomi Mi 11 Ultra dan beberapa barisan produk lain pada 29 Mac ini, Xiaomi kini mengacah teknologi bateri terbarunya. Xiaomi bakal tampil dengan bateri silikon-oksigen anod dan peranti pertama yang dikuasai olehnya adalah Xiaomi Mi 11 Ultra.

    Menurut eksekutif Xiaomi Daniel D, teknologi bateri silikon-oksigen anod ini menjadikan bateri lebih nipis dan keupayaan pengecasan pantas yang lebih cekap. Tambahnya, ia sama seperti kereta elektrik di mana penambahan material silikon berskala nano dilakukan kepada elektrod negatif untuk menambah 10x kapasiti teoritikal gram dengan grafit.

    Dalam erti kata mudah, teknologi bateri ini mampu membenarkan pengecasan pantas dan dalam waktu yang sama, mampu memberi kuasa yang lebih besar kepada peranti.

    Menurut Xiaomi dalam siarannya, silikon nano yang dibekalkan bersama litium ini adalah untuk mengatasi masalah kecekapan dalam pengecasan pantas dan ketahanan jangka hayat bateri silikon-karbon yang rendah.

    Apakah pendapat anda mengenai teknologi bateri baru dari Xiaomi ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured