fbpx
More

    Apple mungkin hasilkan Apple Watch versi tahan lasak, masuki pasaran hujung 2021

    Buat masa ini, Apple telah menawarkan beberapa versi berbeza untuk Apple Watch mereka. Terdapat Apple Watch dengan binaan aluminium, binaan keluli tahan karat, edisi khas Nike dan juga edisi khas Hermes.

    Berdasarkan sumber terkini, Apple dikatakan bakal menghasilkan Apple Watch versi tahan lasak. Sumber memberitahu Apple Watch tahan lasak ini akan hadir dengan reka bentuk yang lebih kukuh dengan perlindungan sudut getah.

    Apple Watch versi ini disasarkan untuk pengguna seperti pendaki gunung dan peminat sukan lasak. Peranti ini juga mungkin akan hadir dengan pengesanan berenang yang lebih baik.

    Apple Watch Series 6

    Apple Watch tahan lasak ini mungkin akan dilancarkan pada hujung tahun ini atau awal tahun 2022.

    Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X