More

    Telefon “gaming” Redmi mungkin dilengkapi bateri 5,000mAh, cas pantas 65W, butang fizikal di bucu

    Pada awal bulan ini, pengurus Am Redmi Lu Weibing telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar gaming pada tahun ini. Tiada maklumat lanjut diberikan oleh Redmi selepas pengesahan tersebut, namun kini terdapat maklumat baru tentang spesifikasi utama untuk telefon gaming Redmi pertama itu.

    Menurut pengkhabar berita Digital Chat Station, telefon itu akan dilengkapi skrin OLED dengan lubang punch-hole yang sangat kecil untuk kamera swafoto, sama seperti skrin Redmi K40. Kamera swafoto kecil ini juga bertujuan untuk tidak terlalu mengganggu skrin sewaktu bermain game.

    Selain itu, telefon gaming Redmi ini juga akan dilengkapi bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 65W yang boleh mengecas penuh sepantas setengah jam. Satu ciri yang menarik adalah kewujudan butang fizikal di bahagian bucu telefon untuk kegunaan gaming seperti Black Shark 4, membenarkan pengguna untuk bermain game dengan empat input kawalan termasuk dua jari yang menyentuh skrin.

    Daripada segi harga, ia mungkin akan dijual sekitar CNY2,000 (~RM1,268) hingga CNY2,500 (~RM1,585), menjadikannya telefon gaming termurah dalam pasaran. Sebelum ini, telefon itu dikhabarkan akan dilengkapi cipset Dimensity 1200 dan skrin Samsung E4 AMOLED, berdasarkan maklumat daripada Lu Weibing.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Drivers

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured