More

    MediaTek kini pengeluar cipset telefon terbesar di dunia

    Menurut firma analisis Omdia, syarikat semikonduktor MediaTek telah menjual 351.8 juta unit cipset telefon pintar pada 2020, lebih banyak berbanding 238 juta unit pada 2019. Ini juga membuatkan MediaTek pengeluar cipset telefon pintar terbesar di dunia, mengalahkan Qualcomm.

    Peningkatan ini adalah berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk telefon kelas permulaan dan pertengahan serta permintaan yang rendah untuk cipset HUAWEI dan Qualcomm. Xiaomi merupakan pelanggan terbesar MediaTek, dengan lebih 63.7 juta telefon Xiaomi dilengkapi cipset oleh syarikat itu.

    OPPO pula merupakan pelanggan kedua terbesar pada 63.7 juta telefon, diikuti oleh Samsung dengan 43.3 juta telefon, iaitu peningkatan tahunan sebanyak 254.5% berbanding 2019.

    Dengan kehilangan cipset Kirin daripada pasaran, permintaan untuk cipset MediaTek diramal akan meningkat sepanjang 2021 kerana permintaan yang baru daripada HONOR dan HUAWEI untuk menghasilkan telefon pintar kelas permulaan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Digitimes

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured