More

    Mi 11 Lite dilancar di Malaysia: AMOLED 90Hz, Snapdragon 780G, cas pantas 33W bermula RM1,199

    Xiaomi hari ini telah melancarkan Mi 11 Lite iaitu salah satu produk yang dilancar dalam acara pelancaran besar-besaran pada hari ini, di samping Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra. Untuk Mi 11 Lite, ia akan dilancar dalam dua varian utama iaitu Mi 11 Lite 4G dan Mi 11 Lite 5G.

    Perbezaan utama di antara dua varian tersebut adalah pada cipsetnya, di mana Mi 11 Lite 4G dilengkapi cipset Snapdragon 732G manakala Mi 11 Lite 5G dilengkapi cipset Snapdragon 780G iaitu telefon pertama yang dilengkapi cipset tersebut.

    Selain daripada itu, kebanyakan spesifikasi di antara kedua-dua varian adalah lebih kurang sama. Satu ciri yang menarik untuk Mi 11 Lite adalah beratnya yang agak ringan iaitu pada 157 gram sahaja. Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk Mi 11 Lite:

    Mi 11 Lite

    • Cipset Snapdragon 732G
    • Skrin AMOLED HDR10 6.55 inci 90Hz, kadar bacaan sentuhan 240Hz, dibuat dengan Gorilla Glass 5
    • RAM 6GB
    • Storan 64GB atau 128GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telemakro 5MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Dwi-pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm
    • Pengecasan pantas 33W, pengecas disertakan dalam kotak
    • Teknologi penyejukan LiquidCool
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • Pilihan warna hitam, biru dan merah jambu
    • Berat 157 gram
    • Harga RM1,199 (8GB+128GB), dijual bermula 6 April

    Mi 11 Lite 5G

    • Cipset Snapdragon 780G
    • Skrin AMOLED HDR10 6.55 inci 90Hz, kadar bacaan sentuhan 240Hz, dibuat dengan Gorilla Glass 6
    • RAM 6GB atau 8GB
    • Storan 128GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telemakro 5MP
    • Kamera swafoto 20MP
    • Dwi-pembesar suara stereo
    • Pengecasan pantas 33W, pengecas disertakan dalam kotak
    • Teknologi penyejukan LiquidCool
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • Pilihan warna hitam, hijau dan kuning
    • Berat 159 gram
    • Tiada harga untuk pasaran Malaysia setakat ini
    • Harga pasaran antarabangsa:
      • CNY2,299 (~RM1,452) untuk 8GB+128GB
      • CNY2,599 (~RM1,641) untuk 8GB+256GB
      • EUR369 (~RM1,803)

    Maklumat harga untuk Mi 11 Lite akan dimaklumkan oleh Xiaomi Malaysia dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured