fbpx
More

    Xiaomi Mi 11i dilancar: Snapdragon 888, AMOLED 120Hz, kamera 108MP bermula ~RM3,167

    Telefon pintar terakhir yang dilancar dalam acara Xiaomi Global Mega Launch pada hari ini adalah Mi 11i yang menampilkan spesifikasi andalan namun dengan beberapa perbezaan kecil dengan Mi 11.

    Satu perbezaan utama adalah pada skrin di mana Mi 11i mempunyai skrin rata manakala Mi 11 mempunyai skrin melengkung. Selain itu, Mi 11i mempunyai pembesar suara yang ditala (tuned) oleh Dolby Atmos, berlainan dengan Mi 11 yang ditala oleh Harman Kardon.

    Selain daripada itu, Mi 11i dilengkapi cipset Snapdragon 888, skrin AMOLED 120Hz dengan sokongan HDR10+, kamera utama 108MP dan gelas Gorilla Glass 5 di hadapan dan belakang. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Mi 11i:

    • Cipset Snapdragon 888
    • Skrin AMOLED 120Hz 6.67 inci, kadar bacaan sentuhan 360Hz, sokongan HDR10+ dan pengiktirafan DisplayMate A+
    • RAM LPDDR5 8GB
    • Storan UFS3.1 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telemakro 5MP
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 4,520mAh
    • Pengecasan pantas 33W, pengecas disertakan dalam kotak
    • Dwi-pembesar suara Dolby Atmos
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • Harga untuk pasaran Eropah:
      • EUR649 (~RM3,167) untuk 8GB+128GB
      • EUR699 (~RM3,413) untuk 8GB+256GB

    Xiaomi Malaysia akan mengumumkan harga Mi 11i untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Mi 11i dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tecno Pova 6 dilancar di Malaysia: Helio G99 Ultimate, AMOLED FHD+ 6.78″ berharga RM899

    Tecno yang merupakan salah satu jenama kompetitif dalam segmennya kini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Tecno Pova 6 untuk pasaran...

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 3 & bateri 6,000mAh...

    iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5Gdan iQOO Z9x 5G dengan spesifikasi menarik pada harga...

    realme GT 6T akan dilengkapi cipset Snapdragon 7+ Gen 3

    realme mengumumkan bahawa mereka akan melancakran siri telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6 Series di India pada bulan ini. Jenama teknologi...

    Raikan Hari Ibu dengan siri Samsung Galaxy watch6 dan hadiah percuma sehingga 12 Mei...

    Hari Ibu ini, luahkan rasa terima kasih kepada wanita istimewa dalam hidup anda dengan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka melalui siri Galaxy...

    HUAWEI bakal dikenakan sekatan untuk beli cip daripada Qualcomm dan Intel

    Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didakwa telah membatalkan lesen Qualcomm dan Intel untuk menjual cip kepada HUAWEI menurut laporan baharu daripada Reuters hari...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X