More

    OnePlus Nord SE dibatalkan, diteruskan dengan Nord 2

    Sebelum ini terdapat maklumat bahawa OnePlus akan menghasilkan telefon kelas pertengahan OnePlus Nord Special Edition (SE) pada suku pertama 2021, namun kini maklumat terbaru mengatakan ia mungkin telah dibatalkan. Sebaliknya, OnePlus akan meneruskan dengan sekual kepada Nord asal iaitu OnePlus Nord 2.

    Nord 2 yang diberi kod nama “Denniz” telah pun dibangunkan oleh OnePlus sejak beberapa bulan lalu. Ia mungkin akan dilancar dalam masa lima bulan lagi, iaitu sekitar bulan Ogos 2021. Sebagai rujukan, OnePlus Nord pertama telah dilancar pada bulan Julai 2020, jadi logik untuk kita jangkakan Nord 2 akan dilancar sekitar bulan Julai atau Ogos.

    Pada awal tahun ini, OnePlus telah memperkenalkan sebuah lagi telefon kelas pertengahan dalam siri Nord di pasaran Malaysia iaitu Nord N10. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nord 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: VOICE

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured