More

    vivo X60t muncul dalam talian, dilengkapi cipset Dimensity 1100 dengan kamera 48MP

    Buat masa ini, siri vivo X60 terdiri daripada tiga peranti iaitu vivo X60, vivo X60 Pro dan vivo X60 Pro+. Terbaru, sumber dalam talian menandakan bahawa siri ini mungkin akan menambah satu lagi peranti yang diberi nama X60t.

    Berbeza dari model vivo X60 yang lain yang menggunakan cipset Exynos dan Snapdragon, vivo X60t ini dilihat hadir dengan cipset Mediatek Dimensity 1100 bersama RAM 8GB dan storan 128GB.

    Berdasarkan sumber, peranti ini akan dilengkapi sistem operasi Origin OS atas Android 11 dan hadir dengan skrin 6.56 inci OLED. Selain itu, peranti ini juga hadir dengan dimensi 159.63 x 75.01 x 7.4mm dan berat 175g.

    vivo X60t

    vivo X60t mungkin hadir dengan kamera utama 48MP dan kamera swafoto 32MP. Tambahan lagi, peranti ini dikatakan menggunakan bateri 4,220 mAh dan sensor cap jari dalam skrin.

    Untuk harga, ia dijangka akan dijual pada tanda harga CNY 3,699 (~RM2,336).

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured