More

    Lenovo Smart Tab M10 dilancar di Malaysia: Tablet 10″ dengan Smart Charging Station berharga RM999

    Lenovo Malaysia telah melancarkan tablet Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (2nd Gen) with Google Assistant yang menampilkan skrin 10.3 inci dengan resolusi Full HD. Ia akan dijual pada harga RM999 di Lazada, Shopee atau semua pengedar sah Lenovo.

    Ia mempunyai paparan TDDI (Touch and Display Driver Integration) dan dwi-pembesar suara Dolby Atmos. Daripada segi spesifikasi, ia dilengkapi cipset MediaTek Helio P22T dengan kelajuan clock 2.3GHz, RAM 4GB, storan dalaman 64GB yang boleh dibesarkan sehingga 256GB dan sistem operasi Android Pie.

    Untuk fotografi pula, ia dilengkapi kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP. Ia mempunyai bateri 5,000mAh namun tidak menyokong sebarang pengecasan pantas. Untuk perhubungan, ia menyokong Bluetooth 5.0, 4G LTE dan WLAN 11a/b/g/n/ac. Satu perkara yang istimewa tentang tablet ini adalah ia datang dengan pengecas Smart Charging Station yang boleh menegakkan tablet tersebut.

    Jika anda tidak ingin membayar harga penuh sewaktu membeli tablet ini, anda boleh mengabil pelan ansuran 12 bulan berharga RM84 sebulan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured