More

    Google Pixel 6 mungkin akan menggunakan cipset buatan Google sendiri!

    Sejak dari Google Pixel yang pertama, peranti siri ini sentiasa menggunakan cipset buatan Qualcomm iaitu cipset Snapdragon. Terbaru, sumber melaporkan bahawa generasi Google Pixel 6 kali ini mungkin akan menggunakan cipset buatan mereka sendiri.

    Siri Google Pixel 6 kali ini mungkin akan hadir dengan dua model berbeza yang mempunyai kod nama ” Raven” dan “Oriole”. Kedua-dua peranti ini dikhabarkan akan menggunakan cipset buatan Google yang diberi nama “Whitechapel”.

    Sumber menyatakan cipset ini bakal dihasilkan dengan kerjasama syarikat Samsung. Cipset ini dijangka akan berkongsi reka bentuk dan binaan yang ada pada cipset Exynos buatan Samsung.

    Dua telefon pintar ini dijangka akan memasuki pasaran pada hujung tahun ini, satu sebagai Google Pixel 6 dan satu lagi sebagai Google Pixel 6 versi yang lebih murah.

    Google Pixel 5 dan Pixel Buds

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured