More

    realme Narzo 30 dikesan dalam Geekbench, mungkin dilengkapi Helio G95, RAM 6GB

    Pada bulan Februari, realme telah pun melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme Narzo 30 Pro 5G dan realme Narzo 30A. Kini, syarikat itu dipercayai akan melancarkan realme Narzo 30 pada bulan ini, di mana kewujudannya telah pun disahkan oleh CEO realme India Madhav Sheth.

    realme Narzo 30 mempunyai nombor model RMX2156 dan ia telah pun disenaraikan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench. Telefon itu akan dilengkapi cipset MediaTek MT6785V/CD iaitu kod untuk Helio G95, RAM 6GB dan sistem operasi Android 11.

    realme Narzo 30 juga dijangka akan dilengkapi bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 30W. Sebelum ini, telefon dengan nombor RMX2156 telah pun diiktiraf oleh Suruhanjaya Ekonomi Eurasia (EEC), Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC), Biro Standard India (BIS) dan Tingkat Komponen Dalam Negri Indonesia (TKDN). Indonesia Telecom juga telah menyenaraikannya dengan nama realme Narzo 30.

    Dalam sebuah video bertarikh 17 Mac, Madhav mengatakan realme Narzo 30 sudah pun melepasi fasa ujian dan kini sedang bersiap untuk dilancarkan dalam varian 4G dan 5G. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured