More

    OPPO A74 4G & 5G dilancar: Kamera kuad 48MP, bateri 5,000mAh, skrin AMOLED bermula ~RM1,026

    OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan OPPO A74 4G dan OPPO A74 5G di beberapa negara Asia. Kedua-dua telefon mempunyai spesifikasi yang hampir sama kecuali daripada segi cipset, pengecasan, kamera dan skrin.

    OPPO A74 4G telah dilancar di Kemboja dan Filipina pada harga bermula PHP11,999 (~RM1,026). Ia dilengkapi cipset Snapdragon 662, pengecasan pantas 33W dan skrin AMOLED berukuran 6.43 inci dengan kadar bacaan sentuhan 180Hz, gamut warna DCI-PE 92% dan pengimbas cap jari di bawah skrin. Ia mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    OPPO A74 4G dan OPPO A74 5G

    Sementara itu, OPPO A74 5G pula telah dilancar di Thailand pada harga THB9,000 (~RM1,187). Varian ini dilengkapi cipset Snapdragon 480 5G, pengecasan pantas 18W dan skrin 6.43 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan gamut warna DCI-P3 100%. Pengimbas cap jarinya pula telah disepadukan dengan butang suis di bahagian sisi, manakala kameranya mempunyai satu lagi tambahan berbanding varian 4G iaitu kamera ultra-lebar 8MP.

    Kedua-dua varian dilengkapi bateri 5,000mAh, RAM 6GB, storan 128GB dan kamera swafoto 16MP. Memandangkan Kemboja, Filipina dan Thailand adalah negara jiran, kita boleh menjangkakan telefon ini untuk hadir ke dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A74 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured