fbpx
More

    OPPO A54 dilancar di Malaysia: Helio P35, bateri 5,000mAh, skrin 6.51 inci bermula RM599

    OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon kelas permulaan OPPO A54 yang dijual pada harga mampu milik bermula RM599. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang agak menarik, termasuklah bateri besar 5,000mAh, cipset Helio P35 dan corak belakang yang agak cantik.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO A54:

    • Cipset MediaTek Helio P35
    • Skrin LCD 6.51 inci HD+
    • RAM 4GB
    • Storan dalaman 64GB atau 128GB, boleh dibesarkan sehingga 256GB
    • Kamera utama 13MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 18W
    • Kalis air IPX4
    • Pilihan warna biru Crystal Blue atau hitam Starry Black
    • Harga:
      • RM599 untuk 4GB+64GB
      • RM699 untuk 4GB+128GB
    Rupa bentuk OPPO A54

    OPPO A54 boleh dibeli dari laman web OPPO Malaysia, Lazada atau Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli OPPO A54 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    5 telefon “flagship” lama yang masih lagi menyengat pada 2024!

    Dalam pasaran telefon pintar Malaysia yang semakin dinamik pada setiap tahun, setiap jenama akan memperkenalkan telefon baharu dengan fungsi-fungsi dan spesifikasi terkini...

    AEON Bank bakal lancarkan Kad Debit-i Visa pada akhir suku kedua 2024

    AEON Bank telah mendedahkan kerjasama dengan Visa untuk memperkenalkan kad debit yang direka khas untuk pemegang akaunnya yang dikenali sebagai Kad Debit-i...

    YouTube perkenal ciri AI “Jump Ahead”, tontonan terus ke bahagian menarik video

    YouTube telah melancarkan ciri baharu yang dipanggil Jump Ahead (Langkau Kedepan) yang direka khusus untuk pelanggan Premium. Ciri ini dikuasakan oleh AI...

    vivo X100 Ultra, X100s & X100s Pro akan dilancar pada 13 Mei 2024

    vivo akan mengumumkan telefon pintar yang dinantikan iaitu vivo X100 Ultra pada 13 Mei ini bersama dua model andalan lain, vivo X100s...

    Mufti Selangor: Haram beli kad waranti atau waranti lanjutan secara berasingan

    Mufti Selangor sering menjawab pelbagai persoalan yang diutarakan. Terbaru, Mufti Selangor turut menjawab soalan melibatkan pembelian kad waranti atau waranti lanjutan bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X