fbpx
More

    Xiaomi Mi 10 ‘tewaskan’ komputer dan jaguh kubus Rubik

    Pelbagai berita sudah pun dilaporkan mengenai telefon pintar flagship daripada Xiaomi, Mi 10, yang akan diumumkan pada 13 Februari dan 23 Februari ini. Terkini, syarikat itu memuat naik beberapa video promosi pendek yang memaparkan kebolehan peranti itu.

    Untuk mendemonstrasi kepantasan telefon yang dioperasi oleh cipset Snapdragon 865 itu, Mi 10 mampu mengira sehingga 10 juta digit selepas titik perpuluhan Pi (Ï€) dalam masa 36.8 saat. Dalam video itu, Xiaomi turut membuat perbandingan dengan sebuah komputer riba untuk ujian yang sama dan mendapati komputer itu hanya boleh berbuat sedemikian selepas 92 saat.

    Dalam sebuah video lain pula, Mi 10 ‘melawan’ jaguh kubus Rubik dunia, Du Yusheng, untuk mengetahui siapa yang lebih pantas menyelesaikan alat permainan itu. Mi 10 yang dihubungkan dengan alat robotik berjaya menyelesaikan kubus itu sepantas 1.43 saat, berbanding Du yang mengambil masa 6.47 saat.

    Adakah demonstrasi ini akan membuatkan anda membeli Mi 10 pada masa hadapan? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk liputan MWC sewaktu Mi 10 dilancarkan secara rasmi.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun...

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Siri iQOO Z9 akan dilancar di Malaysia pada 9 Mei 2024

    iQOO Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan iQOO Z9 Series pada hari Selasa, 9 Mei 2024. Ia merupakan telefon kelas...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X