More

    iOS 15 mungkin hadir dengan reka bentuk ‘Control Center’ baru dan pengesahan biometrik berdua

    Apple bakal melancarkan perisian terbaru untuk telefon pintarnya tidak lama lagi di acara WWDC 2021 yang bakal berlangsung pada bulan Jun ini. Perisian terbaru telefon pintar Apple bakal diberi nama iOS 15. Terbaru, beberapa ciri iOS 15 telah tertiris di dalam talian.

    Berdasarkan sumber, iOS 15 akan menawarkan reka bentuk pusat kawalan (Control center) yang diinspirasikan oleh perisian komputer riba MacBook, macOS Big Sur. Reka bentuk baru ini membolehkan pengguna mengubah pusat kawalan mengikut citarasa sendiri. Ini memudahkan pengguna untuk mendapat akses kepada tetapan yang sering kali digunakan.

    Pusat kawalan dari macOS Big Sur

    Selain dari itu, iOS 15 juga dikhabarkan akan menyokong pengesahan biometrik berdua. Ini bermakna telefon dengan perisian iOS 15 mampu menggunakan kedua-dua Face ID dan Touch ID pada masa yang sama. Ciri ini dikatakan adalah ciri khas yang ada pada telefon siri iPhone 13 yang mungkin hadir dengan sensor cap jari dalam skrin.

    iOS 15 juga dikhabarkan akan memperkenalkan reka bentuk baru untuk ikon aplikasi rasmi Apple seperti Music, App Store dan lain-lain.

    Adakah anda meminati perubahan yang mungkin dilakukan pada perisian iOS 15 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Wccftech

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured