More

    Rupa iPad mini 6 tertiris, mempunyai rekaan mirip iPad Pro 2020 dan iPhone 12

    Beberapa imej janaan komputer awal untuk tablet iPad mini 6 telah dilaporkan di mana ia mempunyai beberapa ciri luaran yang berlainan dengan iPad mini sebelum ini. Menurut gambar tersebut, iPad mini 6 akan dilengkapi sisi bersegi yang menyerupai iPad Pro 2020 dan siri iPhone 12.

    Ia juga bakal mempunyai bezel nipis dan nisbah skrin-ke-badan yang lebih tinggi berbanding iPad mini 5. Disebabkan itu, skrinnya akan nampak lebih besar dengan ukuran 8.4 inci namun saiz keseluruhan tidak akan banyak berbeza dengan iPad mini 5.

    Di samping itu, butang home juga telah dibuang dan fungsi Touch ID akan disediakan pada butang suis di bahagian penjuru atas. Daripada segi spesifikasi, ia dijangka akan dilengkapi cipset A14 Bionic yang terdapat dalam iPhone 12, storan sehingga 256GB dan sokongan untuk stilus Apple Pencil generasi ke-2.

    iPad mini 6 diramal akan menjadi peranti termurah yang dilengkapi cipset A14 dan dilancar pada bulan ini bersama iPad Pro yang baru. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPad mini baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured