More

    Xiaomi mungkin akan lancarkan tiga tablet dengan cipset Snapdragon 860

    Xiaomi kini dikhabar akan melancarkan tiga buah tablet baru pada tahun ini yang bakal dilengkapi dengan cipset Snapdragon 860 atau Snapdragon 870. Tiga tablet tersebut mempunyai kod nama K81 (Enuma), K81A (Elish) dan K82 (Nabu) dan semuanya mungkin dilengkapi skrin IPS 120Hz dengan resolusi 800×2560.

    Tablet ini juga bakal dilengkapi empat kamera iaitu kamera utama, kamera ultra-lebar, kamera makro dan sensor kedalaman. K81 bakal dilengkapi kamera utama 48MP manakala K81A dan K82 dilengkapi kamera utama 12MP.

    Spesifikasi sama yang bakal dikongsi oleh semua varian tersebut adalah sokongan NFC, empat pembesar suara, pengecasan wayarles, dwi-bateri dan pengecasan 120-135W. Kali terakhir Xiaomi melancarkan tablet adalah pada 2018 dengan Mi Pad 4 yang mempunyai skrin 8.1 inci.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured