Tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite dilihat sudah pun menerima pengiktirafan Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency (TENAA) dari China yang turut menyenaraikan beberapa spesifikasi asas untuk peranti tersebut.
Peranti dengan nombor model SM-T225C itu berukuran 212.5×124.7x8mm, mempunyai bateri 5,000mAh, skrin 8.7 inci Full HD+, cipset MediaTek Helio P22T, RAM 3GB, storan dalaman 32GB dan pengecasan pantas 15W.
Tablet ini telah pun dilancarkan dalam pasaran Rusia dan laman web sokongan sudah ditubuhkan untuk beberapa negara Eropah. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina










