fbpx
More

    HUAWEI umumkan SUV elektrik SF5, boleh dipandu sejauh 1,000km dengan pengecasan penuh

    HUAWEI telah memperkenalkan kereta elektrik pertama yang dihasilkan bersama Cyprus iaitu Cyrus HUAWEI Smart Selection SF5 yang dijual pada harga RMB216,000 (~RM137,000). HUAWEI mengatakan kereta elektrik ini mampu dipandu sejauh 1,000 kilometer dengan pengecasan bateri penuh, iaitu jauh lebih tinggi berbanding kenderaan Tesla.

    Kereta elektrik HUAWEI ini dilengkapi beberapa fungsi khas seperti HUAWEI HiCar Smart Connection Solution di mana penunggang boleh mengaktifkan fungsi pembantu maya (smart assistant) dengan sentuhan satu butang. Daripada segi pemacuan, ia dijana oleh gabungan tenaga elektronik dan petrol untuk menghasilkan tenaga setinggi 405kW dengan kilas (torque) 820Nm dan mampu mencapai kelajuan 100km/j dalam masa 4.68 saat.

    Kereta ini dilengkapi dua motor elektrik yang berlainan. Di gandar (axle) hadapan, ia mempunyai motor SEP 200 untuk pemanduan lasak dan pecutan tinggi, manakala gandar belakang dilengkapi motor HW 150 yang menggunakan tenaga lebih rendah untuk pemanduan harian. Rangkanya dibuat daripada aluminium ringan dengan sistem suspensi double-wishbone.

    Di dalam, SF5 dilengkapi 11 pembesar suara dengan teknologi HUAWEI SOUND untuk kualiti audio yang jelas. Selain itu, ia turut dilengkapi pelbagai teknologi untuk membantu pemanduan termasuklah radar ultrasonik, kamera, bantuan kesesakan trafik, bantuan pemanduan cruise, amaran perlanggaran hadapan, brek kecemasan automatik, bantuan mengekalkan kedudukan tengah dalam jalanraya dan banyak lagi.

    Setakat ini SF5 hanya boleh dibeli dalam HUAWEI Mall di China dan tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang kenderaan ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI

     

    Artikel Terkini

    JPJ dan MOT tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK untuk pembaharuan LKM dan cukai...

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberikan perhatian serius terhadap iklan yang dikeluarkan oleh BJAK Sdn. Bhd. berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor...

    Menteri Pendidikan Tinggi umum Fakulti AI pertama Malaysia akan dilancar pada 10 Mei ini

    Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong permintaan tenaga kerja yang akan dipacu oleh...

    Rekaan dan spesifikasi vivo X100s, X100 Ultra tertiris, storan sehingga 1TB

    vivo dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s, vivo X100s Pro dan vivo X100 Ultra pada bulan ini. Ia bakal...

    Apple berusaha untuk keluarkan peranti lipat 20.3″ pada 2025 dan iPhone lipat pada 2026

    Apple sedang meningkatkan usahanya dalam membangunkan peranti boleh lipat, di mana penganalisis Haitong International Securities Jeff Pu mengatakan Apple sedang bersiap sedia...

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula...

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X