More

    iPad Pro baharu dilancar: Dilengkapi cip M1, skrin Liquid Retina XDR bermula RM3,499

    Apple hari ini telah melancarkan beberapa produk dalam acara pertama untuk 2021 dan salah satu produk yang dilancar adalah iPad Pro yang baru. Tablet ini terdiri dalam saiz skrin 11 inci dan 12.9 inci serta dilengkapi cipset M1 sama yang dilengkapi dalam komputer riba MacBook.

    iPad Pro dengan cip M1 ini menampilkan prestasi CPU yang lebih pantas sebanyak 50% dan grafik sebanyak 40% berbanding iPad Pro sebelumnya. Ia boleh dilengkapi storan sehingga 2TB dan kelajuan storan yang lebih pantas sebanyak dua kali ganda.

    Tablet ini turut dilengkapi port USB-C yang menyokong Thunderbolt 4 untuk kelajuan pemindahan data sehingga 40GB sesaat serta sokongan 5G untuk kelajuan internet sehingga 3.5Gbps.

    Daripada segi kamera, ia dilengkapi pengimbas LiDAR di belakang manakala untuk kamera swafoto pula, ia mempunyai kamera ultra-lebar 12MP dengan sokongan Face ID dan Center Stage untuk memastikan bahawa subjek akan kekal berada di tengah-tengah video yang dirakam.

    Untuk model 12.9 inci, ia dilengkapi skrin Liquid Retina XDR untuk mencapai keterangan sehingga 1,600 nits dan nisbah kontras 1,000,000:1 untuk warna yang lebih jelas. Skrin ini turut menyokong teknologi ProMotion, True Tone, jurang warna P3, HDR dan Dolby Vision.

    Berikut adalah harga iPad Pro untuk pasaran Malaysia:

    iPad Pro 11 inci, Wi-Fi: RM3,499
    iPad Pro 11 inci, Wi-Fi+selular: RM4,149
    iPad Pro 12.9 inci, Wi-Fi: RM4,799
    iPad Pro 12.9 inci, Wi-Fi+selular: RM5,449

    iPad Pro turut menyokong beberapa aksesori khas seperti Apple Pencil (RM549) dan Magic Keyboard (RM1,349). Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang iPad Pro baru ini.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPad Pro yang dilengkapi cip M1 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured