More

    Xiaomi Malaysia bekerjasama dengan Planetarium Negara untuk anjurkan pertandingan Starry Night

    Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama terbaru dengan Planetarium Negara untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang bertemakan angkasa sempena pelancaran siri telefon pintar Mi 11. Antara aktiviti tersebut adalah pertandingan Starry Night di mana para peserta perlu mengambil gambar bertemakan angkasa menggunakan telefon pintar sahaja.

    Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 17 Mei dan peserta dengan gambar terbaik akan memenangi sebuah Mi 11 dan percutian ke Pulau Mawar, Mersing, Johor untuk menyaksikan galaksi Bima Sakti. Peserta boleh menggunakan sebarang model telefon pintar dan gambar-gambar yang dihantar kepada Xiaomi Malaysia akan diadili oleh wakil Planetarium Negara.

    Buat mereka yang menggunakan peranti Xiaomi untuk menyertai pertandingan ini, pastikan anda mengaktifkan tanda (watermark) Xiaomi dalam gambar anda.

    Untuk menyertai pertandingan ini, Like dan ikut laman Facebook Planetarium Negara dan Xiaomi Malaysia, muat naik gambar yang ingin dihantar ke dalam media sosial, letakkan tanda palang #XiaomiMalaysia #PlanetariumNegara #StarryNightwithMi dan tandakan tiga rakan. Pemenang akan diumumkan dalam laman media sosial Planetarium Negara serta Xiaomi Malaysia.

    Layari laman Facebook Xiaomi Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured