More

    Twitter kini benarkan anda untuk memuat naik gambar dalam resolusi 4K

    Pengguna aplikasi Twitter dalam iOS dan Android kini boleh memuat naik gambar yang diambil pada resolusi tinggi seperti 4K. Twitter telah mengesahkan fungsi tersebut dalam akaun Twitter Support pada hari ini.

    Secara umum, kebanyakan telefon pintar sudah pun mengambil gambar dalam resolusi 4K (3840×2160) atau lebih tinggi, termasuklah dalam telefon kelas pertengahan. Untuk membenarkan Twitter memuat naik gambar 4K daripada telefon anda, pastikan anda hidupkan fungsi High-quality Image Uploads dalam tetapan Data Usage untuk aplikasi Twitter.

    Walau bagaimanapun, untuk melihat gambar 4K dalam Twitter, anda masih perlukan skrin yang menyokong resolusi 4K. Memandangkan kebanyakan telefon masih lagi dilengkapi skrin Full HD+, anda hanya boleh melihat gambar yang mempunyai resolusi rendah dalam skrin telefon anda. Gambar 4K hanya boleh dilihat pada skrin komputer 4K atau telefon yang mempunyai skrin 4K seperti Xperia 1 II.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan memuat naik gambar 4K dalam Twitter bermula hari ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...