More

    Filem pendek dari Malaysia ini dirakam sepenuhnya dengan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G!

    Sejak beberapa tahun lalu, kita sering kali mendengar mengenai filem pendek yang dirakam sepenuhnya oleh telefon pintar. Terbaru, sebuah filem pendek bertajuk ‘Close Shave’ telah dirakam oleh Samsung Galaxy S21 Ultra 5G. Yang menarik, filem pendek ini adalah hasil tangan orang Malaysia dengan pengarah bernama Neoh Chin Shim.

    Di dalam video tersebut, kita dapat lihat beberapa ciri kamera Galaxy S21 Ultra. Ini termasuklah kebolehan rakaman video 8K @ 24fps, Super Slow-Mo dalam 720p, 8K video snap dan optikal zum 6x. Lihat video tersebut di bawah.

    Menurut Neoh, tema untuk filem pendek ini adalah mengenai kehidupan yang masih boleh menjadi menarik walaupun kita terperangkap di rumah. Untuk menghasilkan video ini, Neoh turut menggunakan penstabil dan pencahayaan yang baik untuk memasukkan kualiti profesional di dalamnya.

    Komen pendapat anda mengenai video pendek ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured