More

    Butiran baru mengenai telefon pintar HONOR 50 telah muncul dalam talian!

    Pada tahun ini, HONOR dikhabarkan akan melancarkan lebih banyak telefon jenama mereka selepas mereka ‘merdeka’ dari syarikat induk HUAWEI. Terbaru, HONOR dikatakan sedang berusaha untuk melancarkan telefon pintar andalan siri HONOR 50.

    Menurut sumber, HONOR mungkin akan perkenalkan dua model dari siri ini iaitu HONOR 50 dan HONOR 50 Pro. Sumber menyatakan bahawa HONOR 50 bakal dilengkapi cipset Dimensity 1200 5G dan akan dilancarkan pada bulan Mei ini, manakala HONOR 50 Pro akan dilancarkan pada bulan Jun dengan cipset dari Qualcomm (mungkin Snapdragon 888).

    Buat masa ini, tiada lagi informasi lain mengenai spesifikasi telefon pintar siri HONOR 50. Kami menjangkakan ia bakal hadir dengan skrin OLED, RAM 8GB, bateri serendah 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas.

    Nantikan berita baru mengenai peranti dari HONOR di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...