More

    Sebuah telefon misteri realme dikesan di TENAA, dilengkapi skrin AMOLED dan bateri 4,220mAh!

    Semalam adalah hari yang istimewa untuk realme. realme telah melancarkan realme 8 5G di India, realme 8 Pro di Malaysia dan siri realme Q3 di China.

    Kini, sebuah lagi telefon misteri dari realme telah dikesan di pensijilan TEENA dengan nombormodel RMX3333. Di dalam penyenaraian tersebut, beberapa sepsifikasi penting peranti itu telah ditunjukkan.

    realme RMX3333 dilihat hadir dengan skrin 6.43 inci AMOLED FullHD+. Selain itu, ia juga hadir dengan cipset berteras lapas sehingga 2.4GHz, RAM 6GB atau 8GB, storan 128GB atau 256GB dan bateri 4,220mAh.

    Untuk kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan sebuah kamera 2MP. Pada bahagian depan pula terletak sebuah kamera swafoto 16MP pada lubang punch hole di atas kiri skrin.

    Peranti RMX3333 mempunyai dimensi 160.3 x 73.5 x 8 mmm dengan berat 175g. Ia juga dilihat hadir dengan realme UI 2.0 atas Android 11.

    Namun, sehingga kini, nama rasmi peranti RMX3333 masih lagi kekal misteri.

    Adakah ini salah satu varian global dari siri realme 8? Berikan komen anda mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured