More

    OPPO A95 5G dilancar : Skrin AMOLED 6.43 inci, cipset Dimensity 800U, harga bermula ~RM1,263

    Terbaru, OPPO telah melancarkan satu lagi model dari siri A di China iaitu OPPO A95 5G. Peranti ini dilihat mempunyai spesifikasi yang hampir sama seperti OPPO F19 Pro+ 5G yang telah dilancarkan di India tidak lama yang lalu.

    OPPO A95 5G hadir dengan beberapa spesifikasi yang menarik seperti skrin AMOLED, kamera 48MP dan cipset Dimensity 800U. Berikut adalah spesifikasi penuh OPPO A95 5G.

    • Cipset Mediatek Dimensity 800U
    • RAM LPDDR4x 8GB + storan 128/256GB, sokong kad microSD
    • Skrin AMOLED 6.43 inci FullHD+, kadar segar semula 60Hz
    • Sensor cap jari bawah skrin
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4,310mAh, pengecasan pantas 30W
    • Antara muka ColorOS 11.1, perisian Android 11
    • Sokong 5G, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1, GPS
    • Port USB-C, bicu audio 3.5mm
    • Warna : Hitam, biru, perak
    • Harga : 1,999 Yuan (~RM1,263), 2,299 Yuan (~RM1,452)

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kemasukan peranti ini ke pasaran Malaysia. Baru-baru ini, adiknya OPPO A74 5G telah sah akan diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat.

    Ikuti kami di Facebook dan Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured