Sehingga kini, pengecasan pantas yang paling laju pada telefon pintar Samsung adalah pengecasan 45W yang digunakan oleh Galaxy Note10+ dan S20 Ultra. Walaupun Samsung adalah pengeluar telefon pintar terbesar dunia, mereka sedikit ketinggalan dari segi kelajuan pengecasan berbanding telefon pintar jenama lain.
Terbaru, sebuah pengecas 65W jenama Samsung dilihat telah melepasi pensijilan BIS di India dan ianya hadir dengan nombor model EP-TA865. Pengecas 65W ini berkemungkinan besar akan digunakan oleh komputer riba Samsung Galaxy Book Go yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Melihat kepada gambar yang tertiris, pengecas ini hadir dengan port USB-C dan menyokong USB PD (Power Delivery) serta PPS (Programmable Power Supply). Ia dilihat mempunyai kadar keluaran maksimum pada 20V/3.5A.
Adakah telefon pintar Samsung akan datang akan menggunakan pengecas ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : Gizmochina






