More

    Redmi K40 Game Enhanced Edition mungkin akan dilancar semula sebagai POCO F3 GT

    Buat mereka di luar China yang menginginkan telefon gaming pertama oleh Redmi iaitu Redmi K40 Game Ehanced Edition, mereka mungkin boleh membelinya sebagai sebuah telefon yang dijenamakan semula kepada POCO F3 GT.

    Sesetengah telefon Redmi sebelum ini telah pun dijenamakan semula kepada POCO, jadi tidak mengejutkan jika K40 Game Enhanced ini akan menerima proses yang sama. Selain itu, telefon ini mungkin hanya dikhaskan untuk pasaran India dan tidak akan terdapat dalam pasaran lain.

    Redmi K40 Game Enhanced Edition dilengkapi pelbagai spesifikasi yang khas untuk kegunaan gaming, termasuklah cipset Dimensity 1200, skrin OLED 6.67 inci 120Hz Full HD+, RAM sehingga 12GB, storan sehingga 256GB, bateri 5,065mAh dan pengecasan pantas 67W.

    Maklumat tentang penjenamaan semula setakat ini hanyalah khabar dan belum disahkan oleh pihak Redmi atau POCO. Sebelum ini, POCO F3 turut menampilkan spesifikasi yang canggih seperti cipset Snapdragon 870, skrin AMOLED 120Hz, pengecasan 33W, storan UFS 3.1 dan RAM LPDDR5.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured