More

    Samsung Galaxy A52 5G dilancar di Malaysia : Cipset SD 750G, Super AMOLED 120Hz, harga RM1,899

    Pada hari ini, Samsung Malaysia telah mengumumkan ketibaan Samsung Galaxy A52 5G di pasaran Malaysia. Peranti ini adalah versi 5G kepada Samsung Galaxy A52 yang telah dilancarkan pada bulan lalu.

    Galaxy A52 5G hadir dengan spesifikasi yang hampir sama dengan versi yang biasa. Perbezaannya hanyalah pada kadar segar semula skrinnya dan cipset yang digunakan. Berikut adalah spesifikasi Galaxy A52 5G.

    • Cipset Snapdragon 750G 5G
    • Skrin Super AMOLED FHD+ 6.5 inci 120Hz
    • RAM 8GB
    • Storan 256GB, boleh dibesarkan sehingga 1TB
    • Kamera utama 64MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) + kamera ultra lebar 12MP + sensor kedalaman 5MP + kamera makro 5MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 25W
    • Pengimbas cap jari dalam skrin, pengecaman muka
    • Dwi-pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Ciri kalis air dan habuk IP67
    • Pilihan warna hitam, putih, biru dan ungu (violet)
    • Berat 189g
    • 3 tahun jaminan perisian Android
    • Ciri keselamatan Samsung Knox

    Peranti ini dijual pada tanda harga RM1,899 untuk RAM 8GB dengan storan 256GB dan mula dijual pada hari ini di kedai Samsung Experiences, pengedar sah dan kedai dalam talian Samsung Malaysia e-store.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti Samsung di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured