More

    Gambar kotak realme X7 Max tertiris, sah hadir dengan cipset Dimensity 1200!

    realme bercadang untuk melancarkan telefon pintar realme X7 Max di India pada 4 Mei ini. Namun, disebabkan penyebaran COVID-19 yang melampau, acara ini telah ditangguhkan kepada tarikh baru yang belum ditetapkan.

    Terbaru, gambar kotak realme X7 Max telah tertiris di dalam talian. Gambar tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial Twitter dan ia menunjukkan sebahagian dari kotak peranti itu.

    Berdasarkan kotak tersebut, realme X7 Max sah hadir dengan cipset Mediatek Dimensity 1200, cipset yang sama digunakan oleh realme GT Neo dan juga Redmi K40 Game Enhanced Edition. Kotak tersebut juga memberitahu bahawa ia akan hadir dengan skrin Super AMOLED 120Hz.

    Untuk spesifikasi lain, ia mungkin hadir dengan skrin bersaiz 6.43 inci, kamera tri 64MP, kamera swafoto 16MP, sensor cap jari bawah skrin, pembesar suara stereo dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 50W. Selain itu, ia dijangka akan menggunakan antara muka realme UI 2.0 atas perisian Android 11.

    realme X7 Max ini dipercayai adalah penjenamaan semula kepada realme GT Neo yang telah dilancarkan di China tempoh lalu.

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadiran realme X7 Max dan juga siri realme GT untuk pasaran Malaysia.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...