More

    Pelancaran Proton X70 CKD Malaysia, penurunan harga bermula dari RM94,800

    Mengimpikan kereta dengan reka bentuk seperti Geely Boyue? Anda kini boleh memiliki Proton X70 dengan harga yang lebih murah pada tahun ini. Terkini, Proton telah melancarkan Proton X70 CKD (pemasangan tempatan) di Malaysia termasuklah pasaran domestik.

    Sumber melaporkan model baru X70 ini hadir dengan penurunan harga sehingga RM5,000 bergantung kepada varian. Varian Standard 4WD dengan harga tanpa insurans RM94,800, Executive 2WD dengan harga RM106,800, Premium 2WD RM119,800 dan Premium X 2WD RM122,800. Anda boleh memilih X70 mengikut citarasa warna pilihan anda seperti Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey.

    Perbezaan yang dapat dilihat pada model baru tahun ini adalah reka bentuk logo baru Proton dan enjin 1.8 TGDi dengan transmisi baru, Transmisi Klac Berkembar (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Proton.

    Adakah anda berminat untuk memiliki kereta ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian | Paultan

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured